hye

hye

TETAMU SETIA~

Jumaat, 18 Disember 2015

APA MELAYU KATA? APA ISLAM KATA?

Assalamuaikum wbt.
Salam sejahtera warga blogger sekalian.

Hari nie nak kongsi sedikit info yg dipetik daripada Facebook.....

Sebagai rujukan diri sendiri juga di masa akan datang.

**************************************

5 info yang menarik, jom baca
=)






Sumber : Fanpage Facebook Fizo Omar


Ahad, 22 November 2015

UCAPKANLAH "FI HIFZILLAH"

Assalamualaikum wbt....

Sihat ke tak? Semoga sihat walafiat hendakNya.

Tujuan post kali nie, cuma nak kongsi satu "info" la

Mungkin ramai yg masih tak tau kan. Jadi, nak kongsi la. Sikit je, X banyak pon.


********************************************************

Sentiasa latih lidah untuk mengucapkan kalimat "FI HIFZILLAH"


FI HIFZILLAH - Semoga dalam pemeliharaan Allah SWT

#
#
#

Kalau kita ucapkan "TAKE CARE" itu bermaksud kita minta dia untuk menjaga dirinya

tetapi

Kalau kita ucapkan "FI HIFZILLAH" itu bermaksud kita minta Allah SWT untuk jagakan dia.


Nampak kan perbezaan dia?

Hidup sebagai seorang muslim nie, perlulah kita meletakkan Allah SWT sebagai yang Satu, yang ESA, yang Maha Kuasa. 

Semua yang berlaku atas kehendakNya.



## Sekadar perkongsian.

Yang baik jadikan tauladan, dan yang buruk jadikan sempadan. =)


Sabtu, 21 November 2015

JAUHI SIFAT INI =)

Assalamualaikum wbt. =)

Apa khabaq semua? Sihat tak?
Harap2 sihat walafiat la semuanya ok. 

****************************************

Post nie sebenarnya hanya sekadar perkongsian.
Untuk dijadikan sebagai peringatan dan nasihat untuk diri sendiri.

Sebenarnya la kan. 
Kita nie sebagai manusia. Tak pernah terlepas daripada sifat nie.
Yelahhhh, mana ada manusia yang sempurna di muka bumi Allah SWT nie kan. 

Betul tak?


 Jgn sesekali kita mencari kesalahan org lain. Cuba renungkan, apa salah kita?

Merungut dan terus merungut. Itulah kita.
Sedangkan nikmat yg kita tak nampak tu la rezeki kita sebenarnya.

 Dia hebat, dia kaya dia dan dia....
Kita? Cuba lihat diri sendiri sahaja dan bersyukur.

Jangan ambik tahu hal org lain. 
Cuba ambik kisah diri kita sendiri
Dah cukup amal ke? Dah cukup beriman ke?

#########Renung2kanlah#########

Kredit to : imannabdul.com 

Ahad, 8 November 2015

TIPS : UBAT SEMULAJADI DI RUMAH


Assalamualaikum....
Hye blogger sekalian =)

Sedikit perkongsian tentang "Ubat Semulajadi Di Rumah"

----------------------------------------------------------------------

Tujuan perkongsian ini sebenarnya adalah untuk dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan.
Tambahan pula, senang MK ingin buat rujukan nanti.

Jommmmm,
Kita cuba. In sha Allah berjaya dengan izin Allah SWT........












Sumber : imuslimshop.com

Isnin, 19 Oktober 2015

AKHIRNYA UPM CUTI EKORAN MASALAH JEREBU

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya UPM cuti juga ekoran daripada masalah #JEREBU..... 

Terima kasih MPPUPM kerana berusaha mengusulkan cadangan untuk penangguhan kelas kepada pihak TNC UPM. 


Yeayyyyy. Hehe....
Esok dok bilik je buat assignment. 

Sumber : Fanpage Facebook (MPPUPM)



Ahad, 11 Oktober 2015

JOM BACA ~ SEBUAH ANTOLOGI #AYAH

Ayah,
Orang kata tak kahwin tak boleh jadi ayah...
Ingat kalau kahwin tu lesen layak jadi ayah?
Ada ayah watak putih, ada ayah watak hitam.

Umpama musang berbulu ayam, harapkan pegar, pegar makan padi.

Utamanya kita dengar, ayahlah pemimpin kita sedari kecil. Sebatan ayah yang menjadikan kita manusia pada hari ini. 
Ada ke ayah yang jadi ibu?

Siapa ayah?

Jom selami hati 21 penulis yang menyulam 21 kisah ayah.....






In sha Allah, sebuah karya yang bermanfaat.
MK baru nak mula selami kisah antologi nie.

Jom baca! Yeahhh. 

Rabu, 7 Oktober 2015

JOM MINUM ~ SINDIKET KOFFEE

Panasnya cuaca hari nie. 
Dahaga la pulak. 

Nak minum apa? Haus sangat nie.....

**************************************

Okay,
Apa kata ampa semua try minum ayaq (air) nie....

Sedap sangat wey! Berbaloi. Hehehe. 

Air apa? Macam best je. Nak try laaaa.

Haaaaaa....
Nie nama dia

Kopi Nyaman "SINDIKET KOFFEE"


Ada perisa
Ka-ramel, Choklat, Ka-chang Hazel, Moka, Kopi Hi-tam, Vanila, Biskut


Komposisi Ramuan

20 batang kuderat
14 jam pembuatan
30 ketul kecekalan
78 peratus usaha
8 balang tawakal
4 sudu keikhlasan
10 cawan tenaga


100% buatan Mahasiswa
Dijamin Halal


Boleh berkunjung ke media sosial ini.....

Twitter - sindiketkoffee
Instagram -sindiketkoffee
Facebook - sindiketkoffee

Gmail - sindiket.corp@gmail.com

Selamat mencuba. Bro dah cuba. Anda bila lagi?




Selasa, 6 Oktober 2015

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum.....
Apa khabaq semua? Sihat ke tidak?
Semoga sihat lah hendaknya ye....

Okay la.

Pernah tak kita rasa bahagia?
Adakah kita rasa tenang semasa hidup?
Adakah kita rasa diri kita bebas daripada segala masalah?
Adakah kita yakin diri kita sempurna?

Jawapannya TIDAK!

Kerana, tiada seorang pun manusia yang sempurna di muka bumi yang fana ini.

Jadi....
Ayuh, marilah kita perbaiki diri sendiri...

******************************************

Hidup manusia tidak akan lengkap tanpa 5 perkara ini....

Kita harus #INGAT bahawa....

Yang #Muda tidak akan kekal muda, dan pasti akan #Tua
Yang #Hidup pasti akan menemui #Mati
Yang #Kaya tidak akan selamanya kaya dan pasti akan #Miskin
Yang #Lapang pasti akan #Sempit jua
Yang #Sihat tidak akan sentiasa sihat dan pasti akan jatuh #Sakit


#Audit_Diri #Salam_Muslim #Motivasi_Diri

Terima kasih sudi meluangkan masa anda!

Ahad, 27 September 2015

JEREBU~ UPM TAK CUTI???

Assalamualaikum,
Hye semua....... Sihat ke tidak?

Macam mana tempat ampa semua?
Jerebu tak?

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan HambaMu ini....
Berikanlah kami kesihatan yang baik....

Amin ya rabbal alamin.

Berbalik kepada tujuan asal entri.
MK berasa amat sedih bila UPM tak beri cuti kepada pelajar ekoran kes jerebu yang semakin teruk nie.

Kenapa pihak KPT tak berikan kami cuti?
Sedangkan kami juga pelajar dan kami juga masih ada paru- paru dan hidung.

Bukan pelajar sekolah sahaja yang perlu diberikan pemantauan,
Kami selaku pelajar UA pon tetap inginkan perhatian.

MK menunggang motosikal di kawasan UPM. Ya Allah  teruknya jerebu sehingga hampir sesak nafas dibuatnya. Hehe. 



In sha Allah, dengan izin Allah SWT.
Pastikan keadaan jerebu sekarang akan beransur pulih....



JEREBU~ JOM JAGA KESIHATAN ANDA





Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu 

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

*********************JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA***************************

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.


Sabtu, 26 September 2015

JOM MAKAN ~ SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidiladha..

Amacam?
Best tak raya tahun nie?
Mesti lah besttttt kan. Ye idok? Haha.....

Alkisahnyaaaaa,
Roommate MK tak balik kampung untuk beraya.
Kesian kat dia tau....

So, 
MK pon bawak la sedikit juadah kat dia.
Supaya kami boleh beraya bersama. Hehe...


Ok jommmmm,
Belanja sikit makanan kat ampa semua.
Jom cuci mata. Hehe....

   Mee Kuahhhhh Penang mai~ 

 Ketupat Palas + Gulai Daging + Ayam Masak Pengantin

 Panaskan kuah terlebih dahulu!

Ayam masak Pengantin paling win!


Ok lahhhh,
Dah kenyang! 
Erkkkkk ( sendawa ) malunyaaaa. Hehe....

See you again~
Tq for read this entry! 
You are awesome blogger

Jemput follow blog picisan saya~ tqvmuahhhh =)

Jumaat, 25 September 2015

SALAM AIDILADHA~ JOM KITA BERKORBAN!

Assalamualaikummmmmmmm
Salam Aidiladha semua.

Macam mana semua?
Banyak ka makan daging korban tu?
Jangan makan banyak2 tau. Nanti sakit pulak. Hehe.... =)

Alhamdulillah,
Tahun nie kak MK masuk satu bahagian.
Korban la kejap. Hehe.

Daging korban tu, kami sedekah dekat jiran tertangga.
Ada jugak daging korban tu, kami jamu jiran.
Makan bihun sup oiiii. Sedapppp tu. Hehehe.


Ok jom, belanja gambar sikit lah.
Aci kan?
Saja nak kongsi moment hari nie. Hehe.....









Ok dah~
Selamat Hari Raya Aidiladha semua =)

Yeahhhh,
Menghitung hari demi hari. Esok last day kat Penang. Huhu.....

Ahad, 13 September 2015

JOM MAKAN~ SOPOONG KOREAN RESTAURANT


Assalamualaikum, hye semua =)
Anyeonghaseyo.....

Lama sudah tak update entri blog nie....
Dah bersarang ke belum? Ermmmm, rasanya belum kot! Hehe.

*********************Cerita Apa?***********************

Ok lah, kali nie nak cerita pasai makanan. Hehe.

Almaklum la, first time try makanan Korea nie.... Not bad la rasa dia... Sedap jugak! Hehe.

Tadi kami tetiba je plan nak keluar makan bersama.
Tak tau nak makan apa kan. Mula la timbul idea nak try benda yg baru. Nak ubah citarasa la nie. Yelah, asyik KFC je kan. Bosan la.

So, mula la decide nak try makanan Korea kat IOI City Mall nie. Hehe. Alaaa, mall yang dekat Puchong nie je, area UPM. Dekat je pon.

Nahhhhh, nak belanja sikit makanan gambar tadi.... Jom cuci mata... Hehehe. =)


Sopoong @ IOI City Mall, Puchong 

 Kami bertiga #Sundate bersama

 Ramyeon + Gimbap RM16.90

 Air Green Tea + Korean Grape Juice

 Sedapppp, marvelous! Hehe

 Jom selfie, mana aci tak ada gambar sekali!!

Bulgogi Bokkeumbap + Gyeranjim RM19.90

 Senyummmmm =)

 Dakgalbi + Rice RM18.90

Kimchi + Salad 

Contact info ~

Location ~
L2-D21-R1, Second Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor.



Kamsahamnida for read this entry! Hehe....
Enjoy your life ok~ 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...