hye

hye

TETAMU SETIA~

Ahad, 28 Jun 2015

Petua Amalan Untuk Mencari Mangsa Lemas

Situasi macam nie selalu terjadi apabila tibanya musim cuti sekolah. Ibu bapa dan juga seisi keluarga mula plan untuk bermandi manda di tepi pantai mahupun di kawasan air terjun.

Jadi, sekiranya berlaku situasi sebegini iaitu ahli keluarga anda tergelincir jatuh lemas. Boleh la usaha untuk mencarinya dengan amalan nie. 

******************Islam itu Mudah*******************

Ambik 7 biji batu, duduk di tempat di mana mangsa yang lemas tu terjun....

1. Batu pertama, baca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali.  Kemudian lontar.
2. Batu kedua, Selawat sebanyak 7 kali. Kemudian lontar.
3. Batu ketiga, baca surah Al-A'raf ayat ke-3 sebanyak 7 kali. Kemudian lontar.
4. Batu keempat, baca surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali. Kemudian lontar.
5. Batu kelima, baca surah Al-Falaq sebanyak 7 kali. Kemudian lontar.
6. Batu keenam, baca surah An-Anas sebanyak 7 kali. Kemudian lontar.
7. Batu ketujuh, baca surah Kursi sebanyak 7 kali. Kemudian lontar.


Setiap kali hendak melontar batu tersebut, bacalah "Bismillahiallahuakbar". Dengan izin Allah SWT, batu tersebut akan menepis dan memukul segala gangguan dan benda yang menyembunyikan mayat mangsa lemas tersebut dan in sha Allah kita akan menjumpai mangsa lemas tersebut.

Selasa, 23 Jun 2015

Islam itu #INDAH

Anda buat, anda dapat~

Inginkan kebahagiaan?
Solatlah di awal waktu...

Inginkan kesihatan yang baik?
Berpuasalah tak kira wajib mahupun sunat...

Ingin dipermudahkan segala urusan?
Bacalah Al-Quran setiap hari...

Inginkan wajah yang berseri?
Berwudhulah dan jagalah solat tahajud...

Inginkan kekayaan?
Amalkanlah solat sunat dhuha...

Dihimpit masalah?
Selalulah beristighfar..... Astaghfirullah hal azim...

Berasa dukacita atau sedih?
Berdoalah kepada Allah SWT...

Mahukan keberkatan hidup?
Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW...

p/s : Orang yang hanya membaca, bercakap, dan mendengar sahaja tidak akan mendapatkan sebarang keberuntungan!

Tetapi?
Orang yang mempraktikkannya, sentiasa mendapat keuntungan dan manfaat!

<Selamat berbuka puasa semua~>


Isnin, 22 Jun 2015

Mood Final Exam~

Assalamualaikum sahabat blogger....

Maaf, jarang update entri. Sebabnya?

MK sedang menghadapi peperiksaan akhir sekarang nie...
Wahhhhh, Tak sabarnya nak habiskan paper yang terakhir! 

Bila? 
Jumaat nie laaa, lepas tu boleh la balik kampung halaman tercinta.
Ye idok? Haruslah, rindu family kot!
Tambah2 sekarang nie kan bulan puasa. 
Mesti la tak sabar nak menikmati masakan family ( sebab ramai yang masak )

p/s : Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ye dan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri nanti. Puasa elok2. 

Rabu, 17 Jun 2015

Ahlan Wasahlan ya Ramadan

Alhamdulillah, tahun nie masih diberikan kesempatan oleh ALLAH SWT untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslim pada bulan Ramadan yang barakah.


Esok, 18/6/2015 bersamaan hari Khamis, umat Islam sudah mula berpuasa dan pada malam nie sudah mula solat sunat tarawih. In sha ALLAH pada tahun nie akan memperbaiki diri dari segi amalan. Banyak ganjaran yang akan diperolehi semasa bulan Ramadan nie sekiranya kita beramal, 

Sedikit info yang ingin dikongsi bersama, sumber daripada group Whatsapp...



Niat Puasa - 
"Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala"


Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (dari haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-
1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dari percakapan yang sia-sia & perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...