hye

hye

TETAMU SETIA~

Rabu, 17 Jun 2015

Ahlan Wasahlan ya Ramadan

Alhamdulillah, tahun nie masih diberikan kesempatan oleh ALLAH SWT untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslim pada bulan Ramadan yang barakah.


Esok, 18/6/2015 bersamaan hari Khamis, umat Islam sudah mula berpuasa dan pada malam nie sudah mula solat sunat tarawih. In sha ALLAH pada tahun nie akan memperbaiki diri dari segi amalan. Banyak ganjaran yang akan diperolehi semasa bulan Ramadan nie sekiranya kita beramal, 

Sedikit info yang ingin dikongsi bersama, sumber daripada group Whatsapp...



Niat Puasa - 
"Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala"


Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (dari haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-
1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dari percakapan yang sia-sia & perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah


Golongan Yang Wajib Qada' Puasa:
1. Orang sakit yang ada harapan sembuh
2. Orang yang musafir (bukan krn maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yangmeninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara2 yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam / mabuk 
7. Orang yang sangat lapar & dahaga

Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua -
    (fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada' puasa)         bagi setahun tertinggal.

    Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap         juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yang tidak ada harapan sembuh
3. Org yang terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah
    dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yang mengandung / yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa &
    membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan     puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya     wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu
   mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) seperti :-
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir/ miskin.

Bagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.

Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa
    selain menahan diri daripada perkara2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa
    hati daripada semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yang terlalu tua & amat lemah
4. Org yang tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri /
    anak yang disusui itu..







# gambar - sumber carian Google.


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen kat sini~ Hehe =)

Terima Kasih ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...