hye

hye

TETAMU SETIA~

Rabu, 19 Ogos 2015

FALSAFAH BUAH-BUAHAN.... MENARIK?

Assalamualaikum, hye semua =)

Jom kita baca sedikit info yang menarik tentang buah-buahan...
Ayuhhh, mari bersama!

***************Mesti Pernah Makan Kan??***************



Jadilah seperti buah JAGUNG, janganlah jadi seperti buah GAJUS
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus hanya menunjukkan bijinya yang cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.




Jadilah seperti POKOK PISANG
Pokok pisang sekiranya berbuah hanya sekali, selepas itu pasti mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.




Jadilah seperti buah DURIAN, janganlah seperti buah KEDONDONG
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tetapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.




Jadilah seperti UBI KAYU
Walaupun hidup di dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh dengan kekotoran.



Jadilah seperti tangkai PETAI, bukanlah seperti tangkai MEMPELAM
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata kepada biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar.
MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil.



Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.



Jadilah seperti MANGGIS.
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi di dalamnya.
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



<Just Sharing!> Happy Go Lucky~ Enjoy Your Life Okay =)

2 ulasan:

  1. Nak jadi Manggis :D

    ten Q atas perkongsian nie..

    Bila seronok berat badan turun.
    AMBIL CAKNA JIKA NAK KURUS

    BalasPadam
  2. org dulu2 pandai buat perumpamaan

    BalasPadam

Komen kat sini~ Hehe =)

Terima Kasih ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...