hye

hye

TETAMU SETIA~

Khamis, 6 Ogos 2015

LALUAN KHAS CSR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum blogger sekalian. 

Sihat ke tidak? Alhamdulillah....

Bila masuk bulan Ogos nie, pastinya akan memberi sedikit debaran kepada individu yang memohon untuk masuk universiti bulan September nie. Tapi UPM tahun nie masuk awal lah, hujung bulan Ogos nie. Hehe.

Sedikit info yang ingin dikongsi bersama. Mana tahu kan, kalau tak berjaya masa UPU nanti, boleh dapat UPM melalui laluan khas CSR nie. Ye idok?
Selamat memohon okay wahai juniorku sekalian. Abg doakan anda semua berjaya mendapat tawaran universiti tahun nie. In sha Allah, Amin ya rabbal alamin. 

**************************SEMOGA BERJAYA**********************************

PERMOHONAN LALUAN KHAS CSR KE PROGRAM BACELOR BAGI SEMESTER PERTAMA SESI 2015/2016

In sha Allah, jika ada rezeki anda semua. Sudah semestinya anda akan menjadi warga UPM nanti!

Jemput baca kriteria permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak UPM seperti di bawah ini :

Kriteria permohonan Laluan Khas:

KUMPULAN SASAR
Tawaran mod kemasukan ini melibatkan pelajar sasaran yang melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah pertama di UPM. Tawaran diberikan kepada calon yang tidak berjaya mendapat pengajian di mana-mana di IPTA selepas pengumuman tawaran diumumkan oleh UPU.

KRITERIA ASAS PEMILIHAN
Kriteria asas pemilihan calon yang diguna pakai oleh UPM adalah salah satu seperti berikut:
  1. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM 1,500.00 sebulan
  2. Bilangan tanggungan melebihi 5 orang atau lebih
  3. Status ibu atau bapa calon (tunggal)
  4. Status anak yatim
  5. Status kesihatan atau kecacatan calon
  6. Status kesihatan atau kecacatan ibu bapa atau penjaga calon
  7. Lokasi tempat tinggal calon (luar bandar)
KELAYAKAN
Pelajar yang diberikan kemudahan bagi mod kemasukan ini perlu memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.

KAEDAH PEMILIHAN
Pemilihan akan dibuat berdasarkan merit markah kriteria pemilihan seperti di atas. Calon yang berjaya akan dihubungi untuk menyemak tawaran. Calon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan adalah tidak berjaya.

PEMBIAYAAN
UPM tidak akan memberikan sebarang pembiayaan kepada pelajar yang ditawarkan. Pelajar yang berjaya perlu memohon pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau bantuan kewangan yang lain berdasarkan syarat dan prosedur sedia ada.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN 

Sebarang Pertanyaan Hubungi Bahagian Akademik UPM di talian 03-8946 6059 atau email akd@upm.edu.my

*********************SELAMAT MENJADI WARGA UPM**************************

 Universiti yang dicintai~ #BERILMU #BERBAKTI

Nie lah fakulti saya~ Hehehe :)


Sumber : Universiti Putra Malaysia

17 ulasan:

  1. As salam...
    Saya budk stpm 2014
    Result 2.17 ...saya ambil sains
    Tapi sains saya gagal...
    Layak kew saya mohon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam.

      Pengajian Am adik lulus tak?
      Kalau lulus in sha Allah adik bole cuba apply

      Tapi adik try la apply kos bidang sastera ya. Bidang sains rasanya mmg tak akan dapat since sains adik gagal.

      Selamat mencuba.

      Lagi satu, syarat permohonan pastikan memenuhi syarat ye.

      Semoga berjaya.

      Padam
    2. assalamualaikum...

      sya bdk stp 2014... result sya cuma 2.3.. n pengajian am c-... layak ke sya mohon?

      Padam
  2. assalamualaikum. bro. sye lepasan diploma. amik engineering. pointer sye xd lah tnggi. 2.38. tp aritu sye dh anta borang laluan csr ni. sye x brani nk amik eng sbb tkt x lepas. jd sye amik komunikasi atau pentadbiran ajee. rasa2 abg, lepas ke eaa?? sbb sye dr utp. sbb kn masalah keluarga dan kewangan x menyebelahi. sye keluar utp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam adik.

      Maaf bro lambat reply komen nie. Sorry tau.

      In sha Allah kalau ada rezeki tak ke mana.... Komunikasi pon senang nak dapat rasanya....

      Oh yaaaa, how result?

      Dapat x? Sbb rasanya result CSR dah keluar.

      Padam
  3. assalamualaikum. saya lepasan matrikulasi perakaunan dgn cgpa 2.37. layak ke sy utk mmohon ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam adik,

      Maaf adik lambat reply, setahu bro la kan, kos akaun nie mmg tough kalau nak dapat, even budak UPU pointer tinggi apply pon susah nak dapat.

      Tu semua bergantung kepada nasib dan rezeki.

      Adik apply je dulu.

      Oh yaaaaa, dapat x? Sbb result laluan CSR dah keluar rasanyaaaa.

      Padam
  4. assalamualaikum. saya pelajar matrikulasi dan cgpa saya 3.08. sy dh mintak upu dan nasib tak menyebelahi saya. saya dah hantar borang permohonan kepada pihak upm. saya tak berapa yakin sebab saya mintak perakaunan dan pernigaan sebab kalau diikutkan course tu susah nk dapat. cuma saya musykil pihak upm bagitau permohonan ni untuk students yg tak dpt upu so hanya pointer yg tak seberapa sahaja kan yg tak dapat. so, layakkah saya mohon dalam bidang itu sebab course perakaunan setahu saya hanya ada tiga pilihan sahaja di upm. terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam..

      In sha Allah adik, cuba dulu,

      Tak salah untuk mencuba. Mana tahu ada rezeki kan.

      Yup, laluan CSR nie untuk student yg tak dapat UPU. Dan bergantung juga kepada syarat yang ditetapkan tu.

      Kalau memenuhi syarat dia, in sha Allah ada rezeki nanti.

      Yang penting cuba dulu tau.....

      Oh ya, dapat tak? Sbb rasanya result CSR dah keluar....

      Padam
  5. Assalam..sye merupakn lpasan stpm dan mendpt pointer 2.3..layak ke sye utk mohon?biasanya result dye kuar bile?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..saya lepasan stpm 2015..pointer saya 2.33
    pengajian am C+
    bahasa melayu C+
    sejarah C+
    geografi C+
    Syarat am dan khas lepas dah.. Saya apply pengajian pengguna rasanya boleh dapat tak?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Assalam..boleh saya bertanya..rasa2 nya bila ye keputusan permohonan ini akan keluar..terima kasih

    BalasPadam
  9. Syarat am tak lepas tak pe tak mohon sebab syarat khas lepas

    BalasPadam
  10. saya lepasan stpm...dan memperolehi pointer 3.58....adakah saya layak untuk mendapat kos bacelor sains(pembangunan sumber manusia)

    BalasPadam
  11. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..sy nk tnye..sy ni lpsn matrikulasi dngn cgpa 2.45 je tpi nk sy mnt bacelor sastera bhasa inggeris..agak2 layak x?😅😅tq

    BalasPadam

Komen kat sini~ Hehe =)

Terima Kasih ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...