hye

hye

TETAMU SETIA~

Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESIHATAN. Papar semua catatan

Ahad, 8 November 2015

TIPS : UBAT SEMULAJADI DI RUMAH


Assalamualaikum....
Hye blogger sekalian =)

Sedikit perkongsian tentang "Ubat Semulajadi Di Rumah"

----------------------------------------------------------------------

Tujuan perkongsian ini sebenarnya adalah untuk dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan.
Tambahan pula, senang MK ingin buat rujukan nanti.

Jommmmm,
Kita cuba. In sha Allah berjaya dengan izin Allah SWT........












Sumber : imuslimshop.com

Isnin, 19 Oktober 2015

AKHIRNYA UPM CUTI EKORAN MASALAH JEREBU

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya UPM cuti juga ekoran daripada masalah #JEREBU..... 

Terima kasih MPPUPM kerana berusaha mengusulkan cadangan untuk penangguhan kelas kepada pihak TNC UPM. 


Yeayyyyy. Hehe....
Esok dok bilik je buat assignment. 

Sumber : Fanpage Facebook (MPPUPM)



Ahad, 27 September 2015

JEREBU~ UPM TAK CUTI???

Assalamualaikum,
Hye semua....... Sihat ke tidak?

Macam mana tempat ampa semua?
Jerebu tak?

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan HambaMu ini....
Berikanlah kami kesihatan yang baik....

Amin ya rabbal alamin.

Berbalik kepada tujuan asal entri.
MK berasa amat sedih bila UPM tak beri cuti kepada pelajar ekoran kes jerebu yang semakin teruk nie.

Kenapa pihak KPT tak berikan kami cuti?
Sedangkan kami juga pelajar dan kami juga masih ada paru- paru dan hidung.

Bukan pelajar sekolah sahaja yang perlu diberikan pemantauan,
Kami selaku pelajar UA pon tetap inginkan perhatian.

MK menunggang motosikal di kawasan UPM. Ya Allah  teruknya jerebu sehingga hampir sesak nafas dibuatnya. Hehe. 



In sha Allah, dengan izin Allah SWT.
Pastikan keadaan jerebu sekarang akan beransur pulih....



JEREBU~ JOM JAGA KESIHATAN ANDA





Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu 

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

*********************JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA***************************

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...