hye

hye

TETAMU SETIA~

Memaparkan catatan dengan label UPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPM. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2016

UPM : BENGKEL TULISAN KHAT JAWI

Assalamualaikum,
Apa khabaq semua? Ampa sihat ka tak?
Alhamdulillah, sihat kan..... Hehe.

Tetiba hati nie nak throwback sikit moment sem lepas.
Boleh la kan. Hehe.

( Mood : Rindu nak buat Khat Jawi lagi )

#
#
#

Kami geng Bahasa dan Linguistik Melayu, UPM Serdang ambil subjek Sistem Tulisan Jawi sem lepas. Diajar oleh Prof Emeritus Dr Hashim bin Musa. Lecturer yang super duper senior la senang.

Pensyarah nie best la jugak! Hehe. 
Dengar kata Prof nie dah bersara tapi masih di FBMK sambung kontrak atas projek "Hang Tuah" tu. 


*******Jom layan moment kami*******


"Bismillahirrahmanirrahim"


Melawat kawasan katanya. Haha. 

Kejap, baru nak mula. Hehe.... =)

           Belum siap lagi ( lupa nak rotate, Haha )









Jom, sembur cat dulu.... =)

                                                                
Tahniah untuk geng nie..... =)


Nak posing sekali ( lupa rotate jugak. haha )


Nie hasil dia........ Cantik tak?












Siap dah, taraaaaa. Cantik kan. Hehe.











   
#
#
#

Tu sebahagian daripada moment kami. Hehe. 
Best kannnn, 
Niat nak buat sendiri kat rumah ada, tapi bila cuti sem, plan x pernah menjadi oi.
Hehe, nasib lah kan.


Sabtu, 5 Mac 2016

DILEMA : APABILA BUDAK BAHASA NAK KENA LATIHAN INDUSTRI~

Assalamualaikum,

Sekarang dah bulan 3, bulan 7 nie nak kena LI (Praktikal) 
Sekejap je kan masa berlalu. Tup tup nanti, dah bulan 7. 

Persoalannya di sini, tak tahu nak LI kat mana. Hehe.
Kalau kat Penang, macam segan nak ke bagan. Haha.
Sorang2 je kat sana. Macam krik krik je nanti kan.
Gemuruh jangan cakap laa. Kalau ada geng, boleh cover jugak!

Kalau nak LI kat sini, macam banyak kos la pulak! Huhu.
Plus tak boleh menikmati cuti sem kat umah. Haha. 

Ada yang sudi nak LI sekali?
Jommm la kita. Baru hilang sikit darah gemuruh cheq.
Cheq nie pemalu orangnya. Hahaha. (Cover malu)

#
#
#


Jom kita pi LI. Hehe.
Nie la jadinya bila budak Penang tak ramai kat sini.
Stay alone la nanti oiii.

Khabarnya, hari Isnin nie ada taklimat LI jam 4 ptg.
Alahai mak, letih la macam nie.
Dah la kelas non-stop dari jam 8 pagi hingga jam 4 ptg.
Hati, mohon tabah ye. Huhu.

***************************************

Kepada: Budak-2 Bahasa dan Linguistik Melayu, UPM Serdang,
Selamat mencari tempat untuk LI. Hehehe. =) 



Isnin, 29 Februari 2016

KEHIDUPAN BARU~ SEMESTER BARU

Assalamualaikum, maaf. 
Lambat pulak update entri kan. Sibuk sikit laaa. Hehe.

Apa khabar semua? Mesti sihat kan..... Alhamdulillah.


***************JOM BACA****************


Semester baru dah bermula, 22/2/2016 yang lalu.
Seronok ke?
Masih belum kecapi nikmat dan makna seronok. 
Pasai apa?
Sebabnya, dah masuk tahun akhir pengajian.
Cabaran tu semakin hebat tau. 
Kena fikir dan siapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) lagi.
Assignment? Test? Jangan cakap laaaa. Nak mai dah tu. 


Apa-apa pon, MK kena tempuhi jugak!
Chaiyokkkkk. Hehehehe. 




# Semangat yang dibawa bersama!
Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan pengajian yang berbaki dua semester nie.
Insya-Allah, Amin ya rabbal alamin.

Ahad, 8 November 2015

TIPS : UBAT SEMULAJADI DI RUMAH


Assalamualaikum....
Hye blogger sekalian =)

Sedikit perkongsian tentang "Ubat Semulajadi Di Rumah"

----------------------------------------------------------------------

Tujuan perkongsian ini sebenarnya adalah untuk dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan.
Tambahan pula, senang MK ingin buat rujukan nanti.

Jommmmm,
Kita cuba. In sha Allah berjaya dengan izin Allah SWT........












Sumber : imuslimshop.com

Isnin, 19 Oktober 2015

AKHIRNYA UPM CUTI EKORAN MASALAH JEREBU

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya UPM cuti juga ekoran daripada masalah #JEREBU..... 

Terima kasih MPPUPM kerana berusaha mengusulkan cadangan untuk penangguhan kelas kepada pihak TNC UPM. 


Yeayyyyy. Hehe....
Esok dok bilik je buat assignment. 

Sumber : Fanpage Facebook (MPPUPM)



Ahad, 11 Oktober 2015

JOM BACA ~ SEBUAH ANTOLOGI #AYAH

Ayah,
Orang kata tak kahwin tak boleh jadi ayah...
Ingat kalau kahwin tu lesen layak jadi ayah?
Ada ayah watak putih, ada ayah watak hitam.

Umpama musang berbulu ayam, harapkan pegar, pegar makan padi.

Utamanya kita dengar, ayahlah pemimpin kita sedari kecil. Sebatan ayah yang menjadikan kita manusia pada hari ini. 
Ada ke ayah yang jadi ibu?

Siapa ayah?

Jom selami hati 21 penulis yang menyulam 21 kisah ayah.....






In sha Allah, sebuah karya yang bermanfaat.
MK baru nak mula selami kisah antologi nie.

Jom baca! Yeahhh. 

Rabu, 7 Oktober 2015

JOM MINUM ~ SINDIKET KOFFEE

Panasnya cuaca hari nie. 
Dahaga la pulak. 

Nak minum apa? Haus sangat nie.....

**************************************

Okay,
Apa kata ampa semua try minum ayaq (air) nie....

Sedap sangat wey! Berbaloi. Hehehe. 

Air apa? Macam best je. Nak try laaaa.

Haaaaaa....
Nie nama dia

Kopi Nyaman "SINDIKET KOFFEE"


Ada perisa
Ka-ramel, Choklat, Ka-chang Hazel, Moka, Kopi Hi-tam, Vanila, Biskut


Komposisi Ramuan

20 batang kuderat
14 jam pembuatan
30 ketul kecekalan
78 peratus usaha
8 balang tawakal
4 sudu keikhlasan
10 cawan tenaga


100% buatan Mahasiswa
Dijamin Halal


Boleh berkunjung ke media sosial ini.....

Twitter - sindiketkoffee
Instagram -sindiketkoffee
Facebook - sindiketkoffee

Gmail - sindiket.corp@gmail.com

Selamat mencuba. Bro dah cuba. Anda bila lagi?




Ahad, 27 September 2015

JEREBU~ UPM TAK CUTI???

Assalamualaikum,
Hye semua....... Sihat ke tidak?

Macam mana tempat ampa semua?
Jerebu tak?

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan HambaMu ini....
Berikanlah kami kesihatan yang baik....

Amin ya rabbal alamin.

Berbalik kepada tujuan asal entri.
MK berasa amat sedih bila UPM tak beri cuti kepada pelajar ekoran kes jerebu yang semakin teruk nie.

Kenapa pihak KPT tak berikan kami cuti?
Sedangkan kami juga pelajar dan kami juga masih ada paru- paru dan hidung.

Bukan pelajar sekolah sahaja yang perlu diberikan pemantauan,
Kami selaku pelajar UA pon tetap inginkan perhatian.

MK menunggang motosikal di kawasan UPM. Ya Allah  teruknya jerebu sehingga hampir sesak nafas dibuatnya. Hehe. 



In sha Allah, dengan izin Allah SWT.
Pastikan keadaan jerebu sekarang akan beransur pulih....



JEREBU~ JOM JAGA KESIHATAN ANDA





Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu 

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

*********************JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA***************************

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.


Sabtu, 26 September 2015

JOM MAKAN ~ SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidiladha..

Amacam?
Best tak raya tahun nie?
Mesti lah besttttt kan. Ye idok? Haha.....

Alkisahnyaaaaa,
Roommate MK tak balik kampung untuk beraya.
Kesian kat dia tau....

So, 
MK pon bawak la sedikit juadah kat dia.
Supaya kami boleh beraya bersama. Hehe...


Ok jommmmm,
Belanja sikit makanan kat ampa semua.
Jom cuci mata. Hehe....

   Mee Kuahhhhh Penang mai~ 

 Ketupat Palas + Gulai Daging + Ayam Masak Pengantin

 Panaskan kuah terlebih dahulu!

Ayam masak Pengantin paling win!


Ok lahhhh,
Dah kenyang! 
Erkkkkk ( sendawa ) malunyaaaa. Hehe....

See you again~
Tq for read this entry! 
You are awesome blogger

Jemput follow blog picisan saya~ tqvmuahhhh =)

Ahad, 13 September 2015

JOM MAKAN~ SOPOONG KOREAN RESTAURANT


Assalamualaikum, hye semua =)
Anyeonghaseyo.....

Lama sudah tak update entri blog nie....
Dah bersarang ke belum? Ermmmm, rasanya belum kot! Hehe.

*********************Cerita Apa?***********************

Ok lah, kali nie nak cerita pasai makanan. Hehe.

Almaklum la, first time try makanan Korea nie.... Not bad la rasa dia... Sedap jugak! Hehe.

Tadi kami tetiba je plan nak keluar makan bersama.
Tak tau nak makan apa kan. Mula la timbul idea nak try benda yg baru. Nak ubah citarasa la nie. Yelah, asyik KFC je kan. Bosan la.

So, mula la decide nak try makanan Korea kat IOI City Mall nie. Hehe. Alaaa, mall yang dekat Puchong nie je, area UPM. Dekat je pon.

Nahhhhh, nak belanja sikit makanan gambar tadi.... Jom cuci mata... Hehehe. =)


Sopoong @ IOI City Mall, Puchong 

 Kami bertiga #Sundate bersama

 Ramyeon + Gimbap RM16.90

 Air Green Tea + Korean Grape Juice

 Sedapppp, marvelous! Hehe

 Jom selfie, mana aci tak ada gambar sekali!!

Bulgogi Bokkeumbap + Gyeranjim RM19.90

 Senyummmmm =)

 Dakgalbi + Rice RM18.90

Kimchi + Salad 

Contact info ~

Location ~
L2-D21-R1, Second Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor.



Kamsahamnida for read this entry! Hehe....
Enjoy your life ok~ 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...