hye

hye

TETAMU SETIA~

Ahad, 27 September 2015

JEREBU~ UPM TAK CUTI???

Assalamualaikum,
Hye semua....... Sihat ke tidak?

Macam mana tempat ampa semua?
Jerebu tak?

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan HambaMu ini....
Berikanlah kami kesihatan yang baik....

Amin ya rabbal alamin.

Berbalik kepada tujuan asal entri.
MK berasa amat sedih bila UPM tak beri cuti kepada pelajar ekoran kes jerebu yang semakin teruk nie.

Kenapa pihak KPT tak berikan kami cuti?
Sedangkan kami juga pelajar dan kami juga masih ada paru- paru dan hidung.

Bukan pelajar sekolah sahaja yang perlu diberikan pemantauan,
Kami selaku pelajar UA pon tetap inginkan perhatian.

MK menunggang motosikal di kawasan UPM. Ya Allah  teruknya jerebu sehingga hampir sesak nafas dibuatnya. Hehe. 



In sha Allah, dengan izin Allah SWT.
Pastikan keadaan jerebu sekarang akan beransur pulih....



JEREBU~ JOM JAGA KESIHATAN ANDA





Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu 

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

*********************JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA***************************

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.


Sabtu, 26 September 2015

JOM MAKAN ~ SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidiladha..

Amacam?
Best tak raya tahun nie?
Mesti lah besttttt kan. Ye idok? Haha.....

Alkisahnyaaaaa,
Roommate MK tak balik kampung untuk beraya.
Kesian kat dia tau....

So, 
MK pon bawak la sedikit juadah kat dia.
Supaya kami boleh beraya bersama. Hehe...


Ok jommmmm,
Belanja sikit makanan kat ampa semua.
Jom cuci mata. Hehe....

   Mee Kuahhhhh Penang mai~ 

 Ketupat Palas + Gulai Daging + Ayam Masak Pengantin

 Panaskan kuah terlebih dahulu!

Ayam masak Pengantin paling win!


Ok lahhhh,
Dah kenyang! 
Erkkkkk ( sendawa ) malunyaaaa. Hehe....

See you again~
Tq for read this entry! 
You are awesome blogger

Jemput follow blog picisan saya~ tqvmuahhhh =)

Jumaat, 25 September 2015

SALAM AIDILADHA~ JOM KITA BERKORBAN!

Assalamualaikummmmmmmm
Salam Aidiladha semua.

Macam mana semua?
Banyak ka makan daging korban tu?
Jangan makan banyak2 tau. Nanti sakit pulak. Hehe.... =)

Alhamdulillah,
Tahun nie kak MK masuk satu bahagian.
Korban la kejap. Hehe.

Daging korban tu, kami sedekah dekat jiran tertangga.
Ada jugak daging korban tu, kami jamu jiran.
Makan bihun sup oiiii. Sedapppp tu. Hehehe.


Ok jom, belanja gambar sikit lah.
Aci kan?
Saja nak kongsi moment hari nie. Hehe.....









Ok dah~
Selamat Hari Raya Aidiladha semua =)

Yeahhhh,
Menghitung hari demi hari. Esok last day kat Penang. Huhu.....

Ahad, 13 September 2015

JOM MAKAN~ SOPOONG KOREAN RESTAURANT


Assalamualaikum, hye semua =)
Anyeonghaseyo.....

Lama sudah tak update entri blog nie....
Dah bersarang ke belum? Ermmmm, rasanya belum kot! Hehe.

*********************Cerita Apa?***********************

Ok lah, kali nie nak cerita pasai makanan. Hehe.

Almaklum la, first time try makanan Korea nie.... Not bad la rasa dia... Sedap jugak! Hehe.

Tadi kami tetiba je plan nak keluar makan bersama.
Tak tau nak makan apa kan. Mula la timbul idea nak try benda yg baru. Nak ubah citarasa la nie. Yelah, asyik KFC je kan. Bosan la.

So, mula la decide nak try makanan Korea kat IOI City Mall nie. Hehe. Alaaa, mall yang dekat Puchong nie je, area UPM. Dekat je pon.

Nahhhhh, nak belanja sikit makanan gambar tadi.... Jom cuci mata... Hehehe. =)


Sopoong @ IOI City Mall, Puchong 

 Kami bertiga #Sundate bersama

 Ramyeon + Gimbap RM16.90

 Air Green Tea + Korean Grape Juice

 Sedapppp, marvelous! Hehe

 Jom selfie, mana aci tak ada gambar sekali!!

Bulgogi Bokkeumbap + Gyeranjim RM19.90

 Senyummmmm =)

 Dakgalbi + Rice RM18.90

Kimchi + Salad 

Contact info ~

Location ~
L2-D21-R1, Second Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor.



Kamsahamnida for read this entry! Hehe....
Enjoy your life ok~ 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...