hye

hye

TETAMU SETIA~

Rabu, 5 Ogos 2015

STESEN ERL, MRT DALAM UPM

Sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Serdang.

Kita bakal memiliki stesen Express Rail Link (ERL) dan Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Fakulti Pertanian menjelang tahun 2018.

Mesti pelajar UPM tau kan apa tu ERL?
Alaaaaa, yang selalu ke hulu ke hilir kat Bukit Ekspo yang cantik tu. Hehe.

Tapi bertuah la bakal junior nanti kerana sempat la mereka nak try ERL tu nanti.
(Ayat pasrah sebab dah habis belajar time tu, sedih sangat!)


*Nie lah ERL area Bukit Ekspo, belakang tu kolej kediaman pelajar UPM*


Bak kata Naib Canselor kita, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Bin Ramlan, sambungan baharu ERL dan MRT tu dinamakan Stesen UPM, Wowwww, bangga la kejap. Sebab sebelum nie, UKM ada stesen komuter sendiri. 

Ye lah kan, sebab UPM akan mewujudkan hospital pengajar milik UPM sendiri selepas nie. (Mungkin tak guna dah Hospital Serdang). Kemudahan infrastruktur tersebut dapat memudahkan pelanggan yang akan menggunakan Hospital UPM kelak. Disebabkan oleh adanya perkhidmatan ERL dan MRT nanti, UPM akan bertambah maju dalam bidang pendidikan.

Kemudahan ERL nie sebenarnya memudahkan pelajar UPM nanti untuk ke KLIA dan KLIA 2 untuk menaiki flight. Senang la depa nak balik kampung nanti. Jelesnya, ye la, kalau student sekarang nie, kena ambik cab or naik ERL kat stesen Bandar Tasik Selatan kot. Hehehe.



Sumber : Berita Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen kat sini~ Hehe =)

Terima Kasih ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...